Thursday, 25 August 2011

Labah Labah














Assalamualaikum,
Batuk berdehem-dehem,
Bermulalah episod di layar perak,
Bertukar ke episod jiwa memberontak.


Oh tidak,


Aku telah di 'inject' oleh sang labah-labah,
Diriku mula berubah,
Berubah terbang tanpa kepak,
Tanpa segan silu, mari kita mulakan rentak.


Episod si Spiderman,
Dari seorang lelaki 'gentleman',
Dia berubah menjadi seorang 'hero'.
Cukuplah kan, cukup sekadar cerita 'intro'.
Hahaha.


Movie Spiderman,
Disini mulanya 'director' 'start' mengumpul dana materialistik,
Jiwa manusia menonton mula dicarik,
Dicarik oleh cerita yang agak 'benar' tapi 'pelik'


From my observation,
Orang Barat buat cerita 'Spiderman',
Dimana sang 'labah-labah' yang disanjungi sepanjang zaman,
Tapi kita, Orang Malaysia ? 'Lebih pelik'
Buat cerita 'Cicak-Man',
Niat nak buat cerita nak kasi orang ketawa terbahak-bahak. 'Hahaha',
Cerita pasal cicak yang dikeji oleh para cendiakawan.


Inilah Malaysia !


Oh Malaysia,
Bumi Merdeka dari penjajah,
Namun pemikiran masih 'berpecah-belah'
Mampu membawa 'one thousand one' masalah,
Sekali tersalah langkah, boleh membawa padah.


'Open your bright eyes', mari kita tengok sejarah !


Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad - Bapa Pemodenan.


Tetapi adakah pemikiran kita moden ?
Tepuk dada, 'ask' iman.


Kini lihat bersama,
Jenayah semakin berleluasa,
Orang mencuri hanya dipenjara, 
Hanya dikenakan denda,
Keluar penjara buat benda sama.


Oh tidak Malaysia,
Kami semua tidak berasa aman dan selesa,
Diperlakukan sebegini rupa.


Lihat surat khabar dan warta berita,
Oh 'NO' sakitnya mata,
Bayi dibuang merata-rata,
Anak gadis diperkosa sehingga derita,
Apakah ini sudah cukup untuk kita bergelar negara Merdeka ?


Tidak sama sekali !
Aku rela dihina, dimaki dan diseksa,
Dari melihat hamba tidak berdosa semakin terseksa,
Mereka terseksa kerana kerakusan 'tangan-tangan manusia'


Akhinya kini, jenayah sudah menjadi biasa,
'Hukuman' pula dianggap tiada rasa,
Orang jahat semakin selesa,
Dikelilingi pula 'bodyguard' bertubuh sasa.


Hidup mereka sungguh selesaaaa.
Boleh beli pakaian berjenama, 
Sebut sahaja, apa dia ?


Soda ?
Zara ?
Prada ? 
Dolce & Gabbana ?
Kain pelekat ayam serama ?

Semua ini 'celah gigi' mereka sahaja.

Yang kaya, semakin kaya.
Yang papa terus derita.


Kawan-kawan,
Saya bercerita bukan untuk 'create' dunia fantasi,
Bukan nak tunjuk aksi atau potensi,
Tetapi saya bercerita sekadar untuk berkongsi,
Untuk menghilangkan rasa bosan di atas empukan kerusi.


Akhir sekali,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54,
Maaf zahir dan batin dari saya.


Apa yang yang baik datang dari Allah, yang serba kurang datang dari kelemahan saya sendiri.
Sekian wassalam :)

Oh Malaysia !




Tuesday, 23 August 2011

Korupsi dan Tamadun

Pembuka kata, mula bicara.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kini negara sedang mengejar cita-cita,
Cita-cita untuk rakyat jelata,
Tetapi 'in silence', fenomena korupsi kian beraksi,
Semakin menjadi dan tanpa solusi.


Kerana korupsi,
Kehidupan rakyat tidak terbela,
Yang kaya terus kaya,
Yang papa terus derita,
Kerana korupsi, empayar Rome mendapat bencana.


Hari ini,
Empayar Rome hanya tinggal pada nama.


Di Malaysia,
Saya cukup berbangga,
Apabila kempipinan berintegriti menjadi asas utama.


Wahai sahabat dan kawan kawan,
Mari kita bermuhasabah diri,
Menilai isu yang berlaku hari ini.


Ya,
Dunia hari ini sememangnya diakui 'hebat',
Dari segi pembangunan materialnya sungguh memikat,


Ya Benar !
Persaingan merebut kekayaan memang berlaku dimana sahaja,


Namun sahabat dan rakan-rakan,
Adakah kita layak dikatakan manusia dan bangsa yang bertamadun,
Sekiranya amalan moral tidak turut sama diadun ?


Bertamadunkah kita ?
Sekiranya pembangunan ekonomi yang dijana,
Terus menghalalkan alam sekitar diseksa dan diperkosa,
Hanya kerana kerakusan 'tangan-tangan manusia'.
Di mana kita sebenarnya ?


Bertamadunkah kita ?
Sekiranya senjata canggih yang dicipta,
Dicipta untuk kekejaman, penindasan dan pembunuhan,
Dilakukan pula ke atas mereka yang tidak berdosa.
Di mana kita sebenarnya ?


Kita kembali kepada sejarah,
Dari isu pengganas di Mumbai hinggalah ke pertelingkahan Israel dan Palestin,
Adakah itu yang kita katakan sebagai tamadun yang dibangga-banggakan ?
Di mana kita sebenarnya ?


Konklusinya,
Wahai sahabat, wahai teman,


Dunia hari ini sudah penat,
Menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat,
Seks bebas sudah dijadikan adat,
Hubungan sejenis mula mendapat tempat,


Kini, untuk menjadi hebat,
Ilmu tidak lagi diangkat,
Sebaliknya korupsi yang menjadi syarat,
Adakah ia hanya perlu dilihat ?
Atau sebenarnya ia perlu segera diubat ?


Sudah tiba masanya, untuk kita meletakkan satu matlamat,
Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat.


Yang ringan sama dijinjing,
Yang berat sama dipikul.


Hati gajah sama dilapah,
Hati kuman sama dicecah.


Gunung sama didaki,
Lurah sama dituruni.


Semoga !
Kesedaran kita hari ini,
Dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak anak kita,
Untuk menari, menyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni.


Tidak mengapa kita kehilangan isteri, 
Tetapi jangan sesekali kita kehilangan tamadun yang kita sayangi.


Sekian, Assalamualaikum.

Hari Ini
























Hari ini,


Ilmu kita telah miliki,
Persoalannya, adakah ia sudah diaplikasi ?
Selaras dengan apa yang kita pelajari,
Sila jawab saudara saudari.


Ilmu sudah tersedia untuk mereka yang sedia mencari.


Kita sedar, ilmu manusia hanya setitis,
Berbanding ilmu Tuhan yang selautan.


Kita putarkan kembali sejarah,


Imam As-Shafie sanggup menggunakan pelepah kurma,
Semata-mata untuk menulis,
Sungguh puitis, membuat aku rasa untuk menangis,
Tetapi, dengan perngorbanan beliau,
Beliau berjaya menghasilkan 174 kitab sepanjang riwayatnya.


Hari ini, kita berbeza


Kita begitu berbangga dengan segulung ijazah,
Kononnya itulah lambang orang berilmu dan berhikmah.


Ramai dikalangan kita yang tahu membaca,
Tetapi ramai tidak mengenal huruf,


Ramai yang tahu mengira,
Tetapi ramai tidak mengenal angka,


Dan ramai yang mengaku tahu menulis,
Tetapi tidak pernah ideanya kritis.


Hari ini,
Saya begitu sedih,
Sedih dengan reaksi orang kita yang kata Bahasa Melayu itu bahasa kampung,
Mereka lebih pandang Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa di alam Globalisasi.


Lantas,
Bahasa Melayu dipandang sebelah mata,
Menjadi bahan ketawa,
Akhirnya ia dihina dan diperkosa oleh kita semua.


Jangan sesekali, wahai saudara saudari.


Bahasa Melayu inilah bahasa rakyat,
Bahasa yang perlu diangkat dan dimartabat,
Diangkat dan dimartabat oleh kita rakyat Malaysia.


Ayuh sahabat kita terus berkayuh.
Kayuh hingga berpeluh,


Kita mahu bebas,
Bebas dari segala anasir,
Tidak kisah berhempas pulas,
Kerana kami tidak mahu tertimbus,
Tertimbus di bawah timbunan pasir.


Sekian :)

Monday, 22 August 2011

Aku dan Seni

Orang berjiwa seni,
mereka adalah orang yang berani.
Berani 'show off' kreativiti diri,
Mempunyai jati diri
Sungguh cantik peribadi.

Tak seperti orang depan kaca tv,
Mereka hanya buat hal sendiri,
Tonton itu, tonton ini,
Terus lalai dengan alam ilusi.

Jangan marah !

Orang biasa akan marah apabila dikritik,
Tetapi, orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan.

Niat dihati,
Aku bukan nak mengutuk,
Mengutuk ? Oh, Tidak sama sekali,
Aku cuma mahu membentuk.

Aku sebenarnya

Aku tak ada 'art n skill', 
Aku tak pandai nak 'paint' and 'design',
Aku tak boleh nak buat 'graffiti' dekat mana-mana 'wall',
Aku tak pandai 'sing a song  to everyone'.

Oh Dunia seni

From what I see,
Di dalam dunia seni,
Ada seniman dan seniwati,
Ada yang berbakti ada jugak yang dikeji,

Dunia seni,

Banyak cetuskan kontroversi,
Tunjuk 'talent' dan potensi,
Pamer diri untuk menjadi sensasi,
Adakah iman mereka masih berisi ?

Inilah hakikat

Musik berputar ikut rentak irama damai,
Dalam dunia seni, wanita semakin ramai,
Bangga diri bila menjadi pujaan ramai,
Tiada guna ibu bapa didik dari 'tepuk amai-amai'.

Lupa diri,
Tiada harga diri,
Tiada peribadi,
Tinggi diri,
Kalau macam tu, ada ke maruah diri ?

Oh dunia aku?

Aku cuba tak nak sombong dengan semua orang,
Aku cuak, aku tahu satu zarah sombong, tak mampu masuk syurga,
Aku cuba merapatkan hubungan, tapi aku tegur salah orang,
Rasa sedih, kecik hati, 'touching' semua ada,
Tapi takpe, aku 'steady' and 'selamba'.

Sebab aku tahu, 'I look so much better when I smile'
Tak perlu sedih kan, Because the best accessory to wear is a smile. Heee.


Hello friends,
Thank you for showing me what love is,

And thank you for breaking my heart ,

Because that made me so much stronger :)



Cerita pasal aku lagi,


Masih mencari identiti diri,
Hanya tahu menunding jari,
Alhamdulillah, masih mampu berdiri,
Masih 'explore' sifat berdikari.

Tidak la begitu petah berbicara,
Hidup masih lagi huru-hara,
Tetapi aku tak kira,
Cuba sedaya upaya mencari pelbagai cara,
Cara untuk menyara kehidupan seorang anak dara.

Semakin hari, semakin mencari.

Apa itu ilmu ?
Aku tak banyak ilmu,
Aku cuma tahu kisah hidup aku,
Famili aku, kawan-kawan aku,
Dan orang keliling aku. 

Pasal kawan ?
Aku ada kawan.

Dia sederhana cantik, 
Tidak terlalu kurus, tidak terlalu gemuk, 
Tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, 
Manisnya ada, santunnya memikat orang tua.

Dah cukup, aku mula naik malas,
Ok, aku dah pening kepala, 
Esok-esok je la aku balas,
Sampai masa 'rest'kan kepala.

Sangat bagus kan kalau ada 'someone in your life',

Someone who can make you smile even when they’re not around.

Untung and bertuah sesape yang ada.

Tapi takpe, sebut dalam hati,
I enjoy every smile and every tear, 
Cause the most beautiful smile comes after the most painful tear.

Fuh, cerita sudah tamat,
Cerita yang tak lah hebat.
Sekarang aku dah penat, penat.
Perlu rehat..........

Assalamualaikum. ;)