Tuesday, 23 August 2011

Korupsi dan Tamadun

Pembuka kata, mula bicara.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kini negara sedang mengejar cita-cita,
Cita-cita untuk rakyat jelata,
Tetapi 'in silence', fenomena korupsi kian beraksi,
Semakin menjadi dan tanpa solusi.


Kerana korupsi,
Kehidupan rakyat tidak terbela,
Yang kaya terus kaya,
Yang papa terus derita,
Kerana korupsi, empayar Rome mendapat bencana.


Hari ini,
Empayar Rome hanya tinggal pada nama.


Di Malaysia,
Saya cukup berbangga,
Apabila kempipinan berintegriti menjadi asas utama.


Wahai sahabat dan kawan kawan,
Mari kita bermuhasabah diri,
Menilai isu yang berlaku hari ini.


Ya,
Dunia hari ini sememangnya diakui 'hebat',
Dari segi pembangunan materialnya sungguh memikat,


Ya Benar !
Persaingan merebut kekayaan memang berlaku dimana sahaja,


Namun sahabat dan rakan-rakan,
Adakah kita layak dikatakan manusia dan bangsa yang bertamadun,
Sekiranya amalan moral tidak turut sama diadun ?


Bertamadunkah kita ?
Sekiranya pembangunan ekonomi yang dijana,
Terus menghalalkan alam sekitar diseksa dan diperkosa,
Hanya kerana kerakusan 'tangan-tangan manusia'.
Di mana kita sebenarnya ?


Bertamadunkah kita ?
Sekiranya senjata canggih yang dicipta,
Dicipta untuk kekejaman, penindasan dan pembunuhan,
Dilakukan pula ke atas mereka yang tidak berdosa.
Di mana kita sebenarnya ?


Kita kembali kepada sejarah,
Dari isu pengganas di Mumbai hinggalah ke pertelingkahan Israel dan Palestin,
Adakah itu yang kita katakan sebagai tamadun yang dibangga-banggakan ?
Di mana kita sebenarnya ?


Konklusinya,
Wahai sahabat, wahai teman,


Dunia hari ini sudah penat,
Menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat,
Seks bebas sudah dijadikan adat,
Hubungan sejenis mula mendapat tempat,


Kini, untuk menjadi hebat,
Ilmu tidak lagi diangkat,
Sebaliknya korupsi yang menjadi syarat,
Adakah ia hanya perlu dilihat ?
Atau sebenarnya ia perlu segera diubat ?


Sudah tiba masanya, untuk kita meletakkan satu matlamat,
Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat.


Yang ringan sama dijinjing,
Yang berat sama dipikul.


Hati gajah sama dilapah,
Hati kuman sama dicecah.


Gunung sama didaki,
Lurah sama dituruni.


Semoga !
Kesedaran kita hari ini,
Dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak anak kita,
Untuk menari, menyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni.


Tidak mengapa kita kehilangan isteri, 
Tetapi jangan sesekali kita kehilangan tamadun yang kita sayangi.


Sekian, Assalamualaikum.

2 comments:

  1. seriouslah kau yang buat ? mantap seyh !! :D
    keep on writing yee . :D

    ReplyDelete
  2. Hahaha. bukan aku buat poonggg. xD Alright broo :)

    ReplyDelete