Tuesday, 23 August 2011

Hari Ini
























Hari ini,


Ilmu kita telah miliki,
Persoalannya, adakah ia sudah diaplikasi ?
Selaras dengan apa yang kita pelajari,
Sila jawab saudara saudari.


Ilmu sudah tersedia untuk mereka yang sedia mencari.


Kita sedar, ilmu manusia hanya setitis,
Berbanding ilmu Tuhan yang selautan.


Kita putarkan kembali sejarah,


Imam As-Shafie sanggup menggunakan pelepah kurma,
Semata-mata untuk menulis,
Sungguh puitis, membuat aku rasa untuk menangis,
Tetapi, dengan perngorbanan beliau,
Beliau berjaya menghasilkan 174 kitab sepanjang riwayatnya.


Hari ini, kita berbeza


Kita begitu berbangga dengan segulung ijazah,
Kononnya itulah lambang orang berilmu dan berhikmah.


Ramai dikalangan kita yang tahu membaca,
Tetapi ramai tidak mengenal huruf,


Ramai yang tahu mengira,
Tetapi ramai tidak mengenal angka,


Dan ramai yang mengaku tahu menulis,
Tetapi tidak pernah ideanya kritis.


Hari ini,
Saya begitu sedih,
Sedih dengan reaksi orang kita yang kata Bahasa Melayu itu bahasa kampung,
Mereka lebih pandang Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa di alam Globalisasi.


Lantas,
Bahasa Melayu dipandang sebelah mata,
Menjadi bahan ketawa,
Akhirnya ia dihina dan diperkosa oleh kita semua.


Jangan sesekali, wahai saudara saudari.


Bahasa Melayu inilah bahasa rakyat,
Bahasa yang perlu diangkat dan dimartabat,
Diangkat dan dimartabat oleh kita rakyat Malaysia.


Ayuh sahabat kita terus berkayuh.
Kayuh hingga berpeluh,


Kita mahu bebas,
Bebas dari segala anasir,
Tidak kisah berhempas pulas,
Kerana kami tidak mahu tertimbus,
Tertimbus di bawah timbunan pasir.


Sekian :)

4 comments:

  1. Fuyyyooooooooo!! Makin hari ayat makin mantap. Makin hebat. Makin Ganas. Salute lah! Majulah BAHASA MELAYU DEMI BANGSA NEGARA DAN AGAMA. hahaha bye -.-

    ReplyDelete
  2. Oh time tidur baru nak comment la. pandai trick. Hahaha. Yeah majukan kedua dua ;)

    ReplyDelete
  3. Fuyoooooo!! bak pepatah gadis di atas. haha. :D
    memang makin mantap la ayat dan bahasa kau. Semaik puitis. Hehe :) Anyway, aku setuju, Bahasa Melayu sekarang dipandang sebelah mata, bangga lagi dengan English nya. Hehe ;)

    p/s : Bertambah lagi followers kan. Haha :D

    ReplyDelete
  4. memang fuyyooh pun pepatah dia. Hahaha. banyak la kau punya puitis. :) Yes, sebelah mata je dipandang, apa barenng bahasa melayu. Macam mana nak berjaya kalau macam ni. Hahaha.

    p/s : oh yeke ? HAHAHA

    ReplyDelete