Friday, 11 November 2011

Romeo & Juliet



Eh Meo, kenapa kau tak kahwin lagi ni ? nak katakan kau dah ada ilmu, 30 juzuk Al-Quran dah ada dalam dada, umur dah 25tahun, Calon isteri dah ada si Alia tu. Tapi kenapa sampai sekarang kau 'still' macam ni ?


Tanya Daniel kepada Meo dengan rasa ingin tahu.


Tanpa segan silu Meo mula menjawab soalan yang dikemukakan oleh kawan karibnya sejak zaman kecik dulu.


Meo menjawab :
'Hmm, aku bukan apa, memang terbuku dalam hati kecik aku ni nak kahwin. Tapi, aku ni miskin, aku takde apa-apa. Kerja pun cuma pengajar di masjid, duit aku mengajar tu apa la sangat. Aku takde harta, hidup tanpa hala tuju.'Aku tengok Alia tu, dia datang dari keluarga berada, hidup serba 'moden dan urban', aku ni cuma ada jubah, basikal buruk dan serban. Aku tahu kalau aku pergi 'menyunting bunga' di taman Uncle Megat (bapa kepada Alia) dengan basikal buruk aku, sudah tentu dia tolak pinangan aku. 


Kemudian Daniel menyambung soalan :
Eh Meo, tapi kau ada Ilmu, kau ada 30juzuk dalam dada kau. Bukankah itu yang terbaik ?


Meo menjawab :
Meh aku tanya kau balik, boleh ke seorang 'bapa zaman global' ni mampu terima semua tu ? 'Bapa zaman global' sekarang lebih memandang kepada harta, kekayaan, kesenangan, hidup pakai 'coat', pakai pakaian berjenama apa semua. Mesti Uncle Megat fikir 'kalau lah dia kahwinkan Alia dengan aku, mesti dia risau anak dia nak makan apa ? nak makan pasir ?


Daniel terdiam seketika, tetapi dalam beberapa minit kemudian. Daniel mula bertanya, 'Eh Meo, macam mana dengan Alia ?


Kelihatan sedih di wajah Meo, tetapi dia mula menjawab dengan rasa tenang :
Entah laaa, mula-mula aku kenal dia dulu. Dia ok, dia cakap boleh terima aku seadanya. Tapi bila dia dah kena 'brain wash' dengan ayah dia, Uncle Megat tu. Dia mula ragu-ragu dengan diri aku.


Lepas tu Meo menyambung bercerita :
Zaman millenium sekarang ni bukan senang. serba serbi mahal. Kau tengok sudah, mas kahwin dan hantaran pun dah beribu-ribu. Lagi-lagi 'condition' Alia sekarang, dia datang dari keturunan 'luxury'. Sudah tentu keluarga dia nak buat majlis besar-besaran, ajak saudara-mara semua. Sah-sah ah nak guna kos yang tinggi. Kopak lah aku kalau macam tu.


****Habis lah dialog mereka pada pagi Sabtu di masjid.****


Keesokan harinya,


Meo bangun pagi, menunaikan solat subuh berjemaah di masjid berdekatan. Apabila selesai solat subuh, dia dapat 'information' yang ada seorang ahli korporat datang meminang Alia. Dia dapat 'info' yang lelaki tu, seorang CEO sebuah syarikat di Kuala Lumpur, ada kereta Mini Cooper, Volkswagen Polo, ada rumah Banglo mewah. Tetapi dia dapat tahu lagi yang lelaki tu agak sosial, lepak sana, lepak sini. 


****Lepas tu terbenak dalam fikiran Meo. *Hmm sudah tentu pinangan lelaki tersebut berjaya. Yelaa, semua kelengkapan beliau ada.****


Akhirnya, pada suatu hari Meo 'ride' basikal pusing-pusing kota, kota tersebut berdekatan dengan rumah Alia. Meo pergi ke kota untuk mencari sumber makanan. Kemudian Meo ambil keputusan 'saje-saje' nak 'usha' rumah Alia. Hati Meo mula berdebar-debar, dia tengok ramai yang berkumpul di rumah Alia. Kelihatan kereta-kereta mewah & motor-motor besar. Meo kemudiannya dengan segera mempercepatkan kayuhannya pulang ke rumah, takut-takut nanti orang nampak dia 'stalk' rumah Alia.


Apabila sampai di rumah dengan perasaan 'dup-dap dup dap', kemudian Meo pergi mengambil wuduk. Kerana masa tu telah masuk waktu asar, dengan segera beliau pergi ke masjid menunaikan solat berjemaah di sana. 


Lepas pada solat, dia termenung sendirian memikirkan tragedi atau peristiwa di rumah Alia tadi. Dia mula tertanya dalam diri, 'ada function apa rumah Alia eh ?', 'kenapa ramai sangat berkumpul rumah Alia'? ada kereta-kereta besar pulak tuu. Hmmm.


Kemudian Daniel menyapa. Assalamualaikum Meo, hang apa habaq ? *slang utara.


Meo menjawab dengan suara sayu, Waalaikumussalam. Aku steady je. 


Lepas pada jawapan salam Meo tu, Daniel mula bertanya dengan rasa bersalah. 'kau tak tahu cerita ke ? Tengah hari tadi rumah Alia ada 'function' besar. Yang aku tahu, Uncle Megat terima pinangan lelaki korporat tu. Tak lama lagi Alia dengan lelaki korporat tu akan melangsungkan perkahwinan.


Meo terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Daniel, perasaan 'dup-dap' dalam hati Meo bertambah kencang. Tetapi Meo tetap tenang, tarik nafas dan dia mula beristighfar perlahan-lahan.


Kemudian Daniel berkata, 'aku kagum dengan kau Meo', dah la 30 juzuk Al-Quran dalam dada, lepas tu kau tenang dengan segala apa dugaan. Kalau aku lah kan, aku dah 'kiuuk'. 


Dengar sahaja ayat 'kiuuk' tu, mereka berdua mula tersenyum antara satu sama lain. 'Hehehe'.


***Itulah Daniel, rakan yang selalu 'back-up' Meo. Apabila Meo ada masalah, Daniel lah yang buat Meo ketawa.***


Hari-hari seterusnya, Meo memulakan 'life'nya seperti biasa. Bangun pagi, solat subuh. Menghafal Al-Quran. Petang mengajar kuliah Asar dan seterusnya mengajar kuliah lepas Isyak. Itulah hidup seharian Meo.


Pada satu hari, dengan ketentuan Allah. Akhirnya, Meo telah ditemukan dengan seorang gadis yang bernama Juliet. Perkenalan mereka tidak diduga. Perkenalan mereka tidak lama, hanya sekejap dan terus mengambil keputusan untuk berkahwin. 


Hidup mereka berdua penuh kebahagiaan walaupun hidup tidak sekaya Qarun, 
Hidup mereka tidak sebongkak Raja Firauan. 
Tetapi hidup mereka seperti kehidupan Rasulullah, 
Al-Quran dibaca, dipelajari dan diamalkan, 
Sunnah diikuti dan disampaikan,
Itulah pasangan yang dijanjikan syurga suatu hari nanti. Insya Allah. 


Alhamdulillah.


Ingatlah, cinta yang kita cari tidak akan lama, tetapi cinta yang datang sendiri. Insya Allah selamanya.


Begitulah dunia sekarang, orang dah tak pandang ilmu, tak pandang Al-Quran di dada. Orang sekarang lebih memandang harta dunia, pergi mana-mana orang miskin dipandang hina walaupun ilmu penuh didada. Orang kaya, orang berpangkat tinggi disanjung walaupun hidup bergelumang dengan maksiat.


Oh gadis-gadis, jika datangnya seorang lelaki yang diyakini beragama, maka pilihlah dia. Insya Allah bahagia, satu hari nanti Allah akan mengurniakan rezeki kepada kamu tanpa diduga.


Oh gadis gadis, jika datangnya seorang lelaki yang diyakini hidupnya kaya tetapi latar belakangnya tidak pegang pada agama, tidak solat, maka kamu lupakanlah. Suatu hari nanti kamu akan menyesal. Yes it's not wrong to look for 'comfort' but believe me, rezeki boleh dicari dan ianya ketentuan Allah. Orang beragama, jaga solat, perwatakan baik ni susah kita nak cari. Choose well, but what you chose might bring a totally different unexpected ending.

4 comments:

  1. woww . memang kering la jiwa kalau puitis macam ni kan ? bhahahaa.

    ReplyDelete
  2. puitis apanyaaa cik akurakura oi. Hahaha

    ReplyDelete
  3. wah, mmg kusyuk giler bace ko nyer mini novel ni. boleh buat e-book ni.

    ReplyDelete
  4. agaknya boleh ganti Shakespeare. Lol. Hahaha x

    ReplyDelete