Sunday, 11 March 2012

Tidur

Malam ini, lelaki itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan.

Lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Sambil baring di atas katil empuk dengan memandang dinding siling yang serba putih ditemani dengan sarang labah-labah. 

Berfikir sejenak dengan pengisian perut yang berkeroncong, kelip-kelip mata sambil muhasabah diri apa yang telah dibuat pada hari ni. Apakah amalan yang aku lakukan hari ni, apakah dosaku lebih banyak daripada pahala , apakah aku bersedia untuk menghadapi hari esok yang lebih banyak onak dan duri ?

Hidup ada kawan, ada orang benci, ada orang suka. Ada bergembira, bersuka ria. Ada yang memaki, mencaci. Biarkan.

Beralih ke ke katil empuk, mata mula sayu, kuyup. Mulut menguap, ditutup dengan tangan lalu air bercahaya  mutiara mula keluar dari kelopak mata. Hidup dunia metropolitan, serba serbi mewah berkelipan. Tercipta Facebook, twitter, blog mahupun tumblr. Nilai membaca dipupuk, sambil sifat buang masa mula tercampak.

Ramai mula menjadi kreatif mencipta suatu cerita untuk manusia membaca. Oh Indahnya Tuhan mencipta. Tuhan mencipta malam & siang, bumi & langit, hidup & mati.

Masih berfikir & masih berfikir di atas katil yang empuk. Adakah ada orang akan menulis & bercerita tentang lelaki itu perkara baik jika sudah di balut serba putih, di usung ramai-ramai menaiki kenderaan keranda menuju ke destinasi taman-taman syurga ataupun kawah-kawah neraka ? Hmmmmmm.


Akhirnya lelaki itu, mengambil selimut dikibasnya sampai ke tapak kaki, tidur beralaskan tapak tangan ala-ala sunnah. Lelap mata, suasana mula hening ditemani bunyi cengkerik. Selamat malam. 


.........................

No comments:

Post a Comment