Saturday, 12 May 2012

'Telescope'

Peace be upon you. Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah.

Wah, starting dah ada gaya macam nak kasi 'speech' atas pentas. Well, syukur Alhamdulillah je buat masa ni. Sujud syukur kena tunggu lagi. Bila terfikir pasal sujud syukur. Kahwin untuk anak aku nanti, majlis kenduri dijamu dengan meriah. Mungkin aku nak menjamu tetamu aku dengan biskut Hup Seng cicah dengan air teh Tanah Tinggi Cameron. Takpe, perbelanjaan murah ni dapat barakah sikit. ;)

Lagi satu, nak diceritakan pasal syukur ni, tuan hamba mohon ingin berfalsafah sebentar. :)

'Kekadang orang yang ada seratus ringgit Malaysia. Bila dia rasa bersyukur, dia dah rasa dia kaya. Tapi, orang yang ada satu juta ringgit Malaysia dan dia tak bersyukur, dia tak rasa dia kaya.'

Opps, skema pulak ayat tuan hamba. Baiklah, tuan hamba mulakan cerita.

Hari ni sambil aku menyarung baju Manchester United, jari-jemari aku menyusun langkah dengan penuh lagak seperti seniman untuk memulakan acara menaip. Maafkan tuan hamba menggunakan ‘aku & engkau’ sebagai bahasa komunikasi. Mungkin guna 'aku engkau' agak harsh kalau berinteraksi dengan Cikgu mahupun emak ayah & lagi agak tak 'sweet' bila guna dengan awek.


Tapi, ‘Aku Engkau’ ni lah bahasa yang agak ‘famous’ bila bermunajat dengan Tuhan. Gunalah apa-apa bahasa pun, Dia tetap akan faham.

Oh maafkan aku lagi, itu cuma 'introduction'. Bukan apa, aku cuma nak proses pencairan otak aku ni dapat mencapai takat ‘melting point’ supaya sesi penceritaan ni dapat berjalan dengan lancar.

Umpama menarik rambut dalam tepung. Biar rambut kita dapat, tepung jangan berselerak. When we want to start a story, kita kena susun ayat dulu, baru lah tak merapu tak tentu pasal. 







Ok stop, takde cerita pun sebenarnya. ;)


Every picture tells a story.

Saya letak 'Telescopeni bukan apa, bila awak pandang langit. Ingatlah kita duduk di atas bumi yang sama. Kita lihat Bulan yang sama, Bintang yang sama. Pencipta yang sama & Tuhan yang Satu.