Sunday, 3 June 2012

Ajaib

Well, Miracle happened.

Aku tidur awal semalam, sebab pagi Isnin tanggal 4 haribulan June 2012 aku ada kerja sikit. Nak pergi Jabatan Pendaftaran Negara. Bukan nak daftar kerakyatan warganergara, bukan nak daftar anak. Tapi cuma, nak ambik kad pengenalan diri yang baru je. ;)

Baiklah, aku mulakan cerita tanpa berselindung. :)

Sebelum aku nak tidur pada jam lebih kurang pukul sebelas malam, sambil ditemani dengan handphone Nokia yang mati tak bertanam, aku letakkan saje handphone tu kat atas meja. Dah lebih seminggu, handphone aku tu mati tak bernyala-nyala. Entah kenapa benda alah tu tak berfungsi. Merajuk mungkin. 

Handphone tu akan menghasilkan cahaya menerangi kamar bilik buat sementara waktu bila punat on tu ditekan, tapi tunggu lama sikit terus mampus. Teruih mampuih bak kata orang utaghaa. Nyawa-nyawa ikan. Akhirnya terpaksa handphone tu berada dalam kegelapan malam. Lama jugak terpaksa "berpuasa texting" dengan makwe-makwe ni. Kat contacts ada dua tiga kerat je kat simcard. Hmmm. Apakan daya. Biarkan saje, Tuhan nak uji mungkin.  Dia tahu aku mampu tempuh hidup tanpa handphone di tangan. Haha. Disambungkan cerita, lalu jam tangan diletakkan jugak bersebelahan dengan handphone. Takut-takut terjaga nanti boleh dipandang sekilas jam tangan tu.

Sehari sebelum tu, aku ada terfikir sejenak. 

"Biar ah, handphone tak bernyala. Handphone mati tak bertanam. Malas pulak nak beli handphone baru. Belum sampai masa lagi nak melabur saham dalam pembelian handphone ni. Aku konon-konon nak jadi 'one in million' person yang tak ada handphone". -Soal dari hati pada jasad ketika itu.

Nak diceritakan keajaiban berlaku, aku terjaga lebih kurang pukul 4am plus plus. Ditekannya punat on pada handphone aku tu, tiba-tiba muncul "tangan yang bersalam, menghubungkan dua orang insan" kat screen handphone. Bukan hantu, bukan apa-apa pun. Trademark Nokia memang ada tangan bersalam masa starting tu. Nokia connecting people la katakan. :)

Bila nampak je "tangan yang bersalam, menghubungkan dua orang insan tu", maka berfungsi sudah akhirnya handphone aku ituuuu. Alhamdulillah. ;)

Bila handphone aku ni telah diberi peluang untuk hidup buat kali kedua, harap-harap beliau tak mati lagi selagi hayat aku masih dikandung badan.

Mungkin handphone aku ni nak kasi sikit pengajaran kat aku, nak suruh aku beringat-ingat tentang mati agaknya. Hahahaha ;)

Finally, akhir sekali.


Betul orang kata, tunggu je apa-apa dengan hati yang tenang & sabar. Pasti ada kebaikan yang berlaku selepas itu. Siapa sangka, harapan handphone yang nazak boleh hidup semula. Hahaha.

Betul orang kata, even a long wait patiently & calmly. Surely there must be good things after that.

Big Smile on my face ;)



3 comments:

  1. hahaha..okay alhamdulillah handphone hidup semua..yg pasti nanti kita mati..dah tak hidup semula kat dunia ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah hidup balik. Haha. Itulah, nanti semua akan mati. :)

    ReplyDelete
  3. kelakar la. HAHA
    tiba-tiba muncul tangan yang bersalam.

    ReplyDelete