Tuesday, 1 September 2015

Penjenamaan Semula

Suatu ketika dahulu pada mulanya, aku hanyalah picisan dalam dunia siber apa entah lagi dalam dunia media sosial. Aku mula berkecimpung dalam arena media sosial pada hari lahir aku yang ke 18 tak silap aku. Tanggal 16/2/2010, aku mula buat facebook. Biasalah baru ada life lepas habis spm. Masa tu zaman aku main farmville je. Budak zaman sekarang, umur baru nak masuk upsr dah ada facebook, twitter, instagram bagai.

Kemudian setelah lama dalam medan facebook, aku berubah arah ke alam twitter pulak. Yela, makin lama medan facebook ni sedara mara, mak sedara, pak sedara dah mula masuk secara perlahan lahan. Memang tak ah nak update ayat gedik gedik, ayat entah pahape kat facebook. Tak memasal time raya kena bahan bila berdepan dengan dorang. Haha

Twitter ni cerita dia aku join masa mei 2011. Masa tu membe ah promote suruh buat twitter. Nakal jugak la masa mula mula meroyan dengan tweet sendiri bila baca balik. Pada ketika itu aku cuma ada twitter dan facebook, walhal kawan kawan aku semua dah ada instagram segala.

Cerita instagram ni aku mula sign up selepas aku selesai graduasi di UTM. Tak silap umur aku ketika itu 21 tahun agaknya. Entah dah lupa. Biasalah, benda tak penting takyah ingat sangat. lol.

Setelah lama dalam dunia instagram, aku mula perhati ramai yang berjinak dalam arena bisnes dalam talian dalam bahasa mat sallehnya online business. Aku pun terfikir, apa kata aku cuba buat satu instashop supaya alang alang daripada aku membuang masa online je, baik aku belajar cara jual beli kat dunia siber ni. Jadi aku pun buat la satu instashop.

Kelakar tak kelakar la jugak, banyak kali jugak la aku tukar nama instashop ni. Biasalah noob lagi bab penjenamaan. Mula mula aku start online business dengan jual baju tshirt printing. Masa tu aku guna nama "sarkasteak". Kemudian bila jualan tshirt semakin perlahan. Aku mula start tebalkan muka dengan jual barang barang kewanitaan seperti skirt, dress, tudung, cardigan dan sebagainya.

Boleh tahan laju dan laris jugak la jual barang perempuan ni. Biasalah, perempuan kan. lol.

Dari instashop nama sarkasteak, muzzshop, muzzlifestylestore la apa la. Akhirnya aku guna gabungan muzz (sempena nama glamour) dengan damansara (tempat aku duduk)  jadi lah "MUZZARRA". MUZZ tiada maksud. Tapi ZARA mempunyai maksud iaitu Princess. Acewah.

Bagi aku, penjamaan sesuatu syarikat untuk nampak gah pada mata orang ramai perlukan jenama yang power dan esklusif. Takleh hentam kromo. Kena brainstorm, kena open table, kena istikharah jugak bab nak letak jenama ni.

Akhir kata, kalau nak tengok apa aku jual. Boleh la visit instagram.com/muzzarra, Lagi satu aku ada jual kemeja jugak. Haha. Boleh tengok dekat instagram.com/thekemeja. Nanti instagram thekemeja ni pun aku nak tukar nama, Aku tak tahu lagi nak tukar nama apa, sekarang tengah busy ada life tak sempat nak fikir. lol