Thursday, 20 October 2016

Kepakaran Mustaphshoveri


Director : Mustapha Shobri Bin Shauqi
Syarikat : Musho Empire Enterprise
Mula : Feb 2015
Brand : Mustaphshoveri
Bidang : Fesyen Tudung

Hi, nama saya Mustapha Shobri Bin Shauqi. Saya ialah Manager kepada perniagaan Musho Empire dengan membawa jenama Mustaph Shoveri.


Kepakaran saya adalah membantu menambah nilai wanita wanita untuk tampak lebih yakin, anggun, jelita, menawan, gojes dan secara tak langsung membuatkan para jejaka melting, jatuh cinta pandang pertama kepada anda dengan menggayakan Tudung Bawal.

Kami juga bantu menyelesaikan masalah wanita yang sering murung, moody, meroyan bila tudung bawal yang dipakai sering tak dibentuk dengan sempurna.

Kalau anda wanita yang mempunyai masalah tersebut, sila PM tepi. Saya akan bantu consult anda secara percuma.

Amacam ? ☺️


Untuk info dan maklumat boleh click link

Monday, 17 October 2016

5 impian saya lagi 5 tahun pada tahun 2021

5 impian saya lagi 5 tahun dari sekarang. Tahun 2021, umur saya 29 tahun.

1. Alhamdulillah, saya bersyukur pada tahun 2021 perniagaan saya berjaya capai jualan 7.2 juta sebulan.

2. Alhamdulillah saya bersyukur pada tahun 2021, saya berjaya memiliki 5 buah cawangan.

3. Alhamdulillah saya bersyukur pada tahun 2021, saya berjaya memiliki 50 orang staff yang setia, jujur, amanah dan power.

4. Alhamdulillah saya bersyukur pada tahun 2021, perniagaan saya berjaya memiliki 500 ribu followers instagram dan facebook page.

5. Alhamdulillah saya bersyukur pada tahun 2021, saya berjaya menerima anugerah usahawan terbaik tahun 2021.

P/s : Cemana dengan impian korang ? Share la kalau ada. Share dekat komen. 2021 nanti kita tengok mana yang jadi. ☺️

Tips jaga tudung bila terkena minyak

Pergi kenduri kahwin, tetiba tudung bawal alianna tercalit, terkena minyak ? .
.
Naik minyak kita dibuatnya. Lagi lagi mampu tengok je membe membe kahwin. Hmm
.
Haa macam mana nak hilangkan bekas minyak dekat tudung tu ?
.
Senang sahaja sebenarnya. Dengan kepakaran sains, fizik dan kimia ditambah pula dengan kepakaran selok belok material kain yang admin tahu. .
.
First step, kenalpasti bekas minyak yang tertompok di bahagian tudung. .
.
2nd step : Ambik tudung tu, pergi bawak ke bilik air. Basahkan dengan air tompok minyak tu. .
.
3rd step : Gunakan sabun ketul, sabun buku lux ke, dettol ke tak kesah. Asalkan sabun buku. Sapukan dekat tompok minyak tu. Lepastu gonyoh lembut lembut tudung tu sampai berbuih.
.
4th : Bila dah puas main sabun, dah yakin. Bilaslah dengan air.
.
5th : Perah lembut lembut. Lepastu pergilah jemur. Lepastu tunggu je la kering.
.
Haa settle. Kalau tak berkesan jugak, mungkin makanan kenduri tu  guna minyak tanah kot buat masak. lol #tipsjagatudung

Sunday, 16 October 2016

7 SEBAB AKU MENYESAL PERGI KELAS DR AZIZAN OSMAN. MENYESAL GILA. RASA NAK PECAH KEPALA.

7 SEBAB AKU MENYESAL PERGI KELAS DR AZIZAN OSMAN. MENYESAL GILA. RASA NAK PECAH KEPALA.

Ini ceritanya:

Aku betul betul menyesal sebabnya:

1. Kalau aku tahu kelas Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan dan Millionaire Marketing Mastery Dr Azizan Osman ni dari awal buat bisnes dulu, aku dah boleh ubah macam macam dalam hidup.

2. Kalau la awal awal dulu dah masuk kelas Dr Azizan Osman, aku takdenya nak rompak duit company sendiri.

3. Kalau la awal awal dulu dah masuk kelas Dr Azizan Osman, aku dah power buat duit, jaga duit and urus duit. Orang muda macam aku mana reti bab ni. Tahu joli je bila dapat duit.

4. Kalau dari awal aku dah di guide oleh Dr Azizan Osman, memang cash flow dalam bank tak sempat nak tengok. Banyak sangat.

5. Kalau dulu tahu lagi awal kelas Dr Azizan Osman,  aku takdenya nak buat bermacam macam bisnes. Dah la penat, sales haprak.

6. Kalau tahu lagi awal kelas Dr Azizan Osman, aku dah ada ramai circle orang yang positif, tak cerita buruk pasal orang, tak condemn business orang.

7. Kalau la awal awal dulu dah masuk kelas Dr Azizan Osman, aku dah ada kebebasan masa. Ada masa dengan Tuhan, masa dengan family dan masa dengan diri sendiri. Tapi masa tak boleh nak undur dah, menyesal pun takde guna.

8. Aku janji nak bagi 7, tapi aku TIPU terlebih bagi 8. Aku menyesal sebab banyak bersangka buruk, skeptikal, ego tak nak belajar dengan Dr Azizan Osman.

Hakikatnya, skeptikal, ego, bersangka buruk tu datang dari diri sendiri sebenarnya. Aku sendiri yang skeptikal dengan diri yang aku takleh ubah hidup aku, bersangka buruk dekat diri sendiri yang tak boleh capai apa yang aku nak. Asyik menyalahkan orang lain, padahal diri sendiri jauh lebih salah.

Bak kata mentor aku Dr Azizan Osman, "Jangan percaya cakap dia, buat je apa yang dia ajar"

Thanks doc. 👉🏻😎👈🏻





7 Kesilapan Besar Peniaga Dropship

7 Kesilapan Besar Peniaga Dropship yang mereka lakukan. Contohnya :

1. Tak tahu cipta brand yang sesuai.

2. Selalu jual produk dekat page personal. Tak seperate page personal dengan page bisnes.

3. Tak collect database. Tak collect maklumat pelanggan seperti nama, alamat, phone number dan email address.

4. Tak ada target. Jadi dropship untuk suka suka.

5. Hangat hangat tahi ayam.

6. Jual banyak produk yang lain industri. Contoh, jual baju lepastu jual ubat batin. Omg like seriously, pls no.

7. Nak cepat sangat untung.

Saturday, 4 June 2016

RAMADHAN AIR PAIP

RAMADHAN AIR PAIP
.
Pejam celik nak dekat dah kita untuk menyambut Ramadhan. So dah ready ? ☺️
.
Ada cerita sebenarnya. Cerita ni lebih kurang 3 tahun lepas bilamana saya dah sem akhir diploma.
.
Bulan puasa ni paling best bila kita dapat berbuka dengan family. Yang kedua best kita dapat berbuka dekat asrama dalam dewan makan masa sekolah dulu. Beratur panjang nak ambik makanan. Habis je makan, basuh tray apa semua, then chow. Bila keluar dewan makan, cari selipar, selipar hilang. Saya rindu part ni sebab kita cuma fikir pasal selipar hilang and perlu beratur ambik makanan. Duit nak makan berbuka takyah fikir sangat. Semua orang yang keluarkan duit untuk kita makan.
.
Tapi life semakin sukar bila kita meningkat dewasa. Kita mula start fikir cemana nak terus hidup. Dalam perjalanan hidup saya, yang paling saya sedih, susah bila time saya belajar dekat Universiti dulu. Seperti mana saya cerita sebelum ni, saya berbuka puasa dekat surau je sebab takde duit. Inilah turning point and saya ingat sampai bila bila.
.
Saya ingat lagi time nak cuti sem, masa tu sem akhir bulan puasa tak silap saya and semua student ramai siap siap nak balik. Mak saya ambik lambat. Duit takde ni. Then takpe lah, saya pun turun surau. Saya ingat ada lah sedia makanan macam hari biasa macam awal awal puasa. Tapi takde. Saya pun macam takpe lah, berbuka je la dengan air paip asalkan berbuka. Tak ramai dah kat kolej time tu seingat saya.
.
.
Bila settle solat maghrib apa semua. Mak saya sampai. Ambik barang kat bilik semua then chow balik rumah. Dalam kereta saya tanya mak saya "masak apa untuk berbuka ?". Saya tak cerita lagi yang saya berbuka dengan air paip je.
.
Sehari lepas duduk rumah barulah saya cerita dekat mak saya apa semua pasal berbuka puasa kat kolej ni. Saya cerita la yang saya berbuka kat surau, member perli berbuka kat surau sebab tak ikut dorang berbuka kat luar apa semua. Saya cerita biasa je, mak saya je nangis lebih. 😅
.
Bila dah cerita kat mak saya tu. Saya ingat dia simpan rahsia je. Tapi mak saya kan, apa lagi dia pergi cerita la dekat kakak dia, kakak dia cerita dekat adik dia mak mertua dia apa semua. Habis satu family belah mak saya tahu. Saya sendiri tak tahu yang mak saya cerita semua tu. Masa ni setahu saya time dah raya. Raya kat kelantan.
.
Gossip punya gossip. Lepastu kakak mak saya merangkap mak sedara saya tu panggil saya slow talk, saya ingat nak cakap apa. Sekali dia hulur duit RM500, lepastu mak mertua dia pun sponsor RM500, and ayah sedara saya pun bagi RM500. So cukup RM1500. Time tu terkejut menangis tak tahu nak cakap apa. Boleh la bayar yuran study yang tertunggak. Padan muka siapa suruh tak pinjam ptptn. Lol
.
Tapi sekarang saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Duit ptptn takyah nak bayar. Haha
.
Jadi, ramadhan dah tiba ni saya dah set plan lama dah kalau ada rezeki saya akan jelajah beberapa universiti area Selangor and KL terutamanya UTM Kuala Lumpur tempat saya belajar dulu. Insya Allah Ramadhan tahun ni saya nak mulakan penjelajahan. Saya mungkin nak sumbangkan sedikit makanan atau wang ringgit kepada student yang ada kat kolej nanti untuk dorang buat berbuka puasa. Budak kolej tak cuti lagi kan ? Risau jugak pergi nanti takde orang. 😅
.
.
Saya pilih untuk bantu golongan student sebab dalam kita tak tahu ramai yang sanggup ikat perut seperti mana saya pernah rasa dulu. Ramai tak tahu sebab student ni tak nampak susah macam gelandangan, anak yatim kat luar sana. Mereka susah dalam diam. Apa apa pun tak ramai yang faham apa saya cakap ni.
.
Dah, Dah boleh pergi siap hafal niat puasa. ☺️
.
Love, Mustapha Shobri.

Tuesday, 24 May 2016

NAK START BISNES TAPI TAK TAHU MACAM MANA ?

NAK BISNES, TAPI TAK TAHU NAK START MACAM MANA.
.
Tips nak start bisnes, kena betulkan niat dulu. Bukan nak bisnes untuk kaya. Tapi nak buat bisnes untuk bantu untuk menyelesaikan masalah orang. Makin ramai anda dapat bantu, makin banyak peluang untuk anda dapat duit.
.
Tips pertama : mulakan apa yang ada di tangan. Contohnya anda pakar dalam bidang akaun, mungkin anda boleh bantu audit akaun orang lain. Anda pandai dalam matematik, mungkin anda boleh bantu ajar orang lain. Anda bantu orang lain dengan servis yang anda beri. .
.
Cara kedua, lihat sekeliling anda apa masalah orang. Contohnya perempuan nak kurus, anda mulakan jadi agen produk kurus. Cari owner produk dan jadi agent mereka. Mulakan dengan yang tak perlu tanggung risiko besar. Banyak peluang untuk jual barang wanita ni. Tahu saje la, perempuan kuat membeli. Haha.
.
Peluang untuk lelaki pulak, yang admin nampak peluang item tengah hot sekarang ialah pomade (minyak rambut), produk nak sado kau ado. Boleh cuba dengan jadi agen dulu. .
.
Daripada anda online tapi post entah pahape. Baik anda start sharing something yang bermanfaat untuk life anda and orang lain. Sebaik baik manusia adalah yang beri manfaat pada orang lain.
.
Untuk memulakan sesuatu perniagaan, modal bukanlah satu faktor yang besar. Mula dengan simple. Bisnes ni bermula dari masalah, dari masalah tu la wujud peluang.
.
Sekian. Lagi satu, jangan takut pasal buat online business kena income tax, kalau baru nak start takde maknanya korang kena income tax. Kena tax tu bila income anda dah riban riban. Tapi bila dah riban riban income, jangan lupa buat income tax. Barulah bank layan nak beli property. Ye dak ?  #mustaphshare @mustaphshare

Instagram : mustaphshoveri

Tuesday, 17 May 2016

GIVE UP OR ACTION

GIVE UP OR ACTION
.
Yang rasa diri dia nak give up tu, tengok sekeliling kau. Dah rasa cukup ke dengan apa yang kau ada sekarang ? Oh ye, sekadar bersyukur dengan apa yang ada. Ye memang kita patut bersyukur, tapi Allah suruh mintak lagi.
.
Kau rasa selesa ? Oh mungkin kau dalam situasi takyah fikir apa. Mak bapak sediakan semua. Nak rumah, kereta, nak make up, nak itu ini ? Semua mak ayah dah siap siap sejak kau belum lahir lagi. Bangga bukan ? Jadi teruskan bangga dengan hasil usaha orang lain.
.
Tapi bukan aku. Aku tak disediakan semua tu. Mak ayah aku bukan orang senang. Bukan tauke produk kecantikan, tauke kain, atau tauke segala tauke. Jadi aku kena berusaha mencari hala tuju. Aku kena mula walau dengan tiada apa. Hanya ada tulang empat kerat milik Maha Esa. Mintak tolong sedara mara oh jauh sekali disudut hati. Dicaci, dihina, diperli ? Oh itu sudah sebati dalam diri. Hingga satu tahap apa orang nak cakap aku tak peduli. Mohon simpati ? Oh tidak sekali. Malah, ada aku kesah ?
.
Disaat kau hendak putus asa, Ingat lagi orang yang pernah tinggalkan kau didalam waktu sukar dan sepi ? Korang masih teruskan bersedih ditepian titi ? Cukup cukup la, mereka lagi suka kau merana dari bahagia. Mana maruah ? Mana usaha kau yang masa kecik dulu merangkak, merengek, cuba bertatih jatuh bangun lagi, jatuh berkali kali bangun lagi tak hirau sakit pedih. Tapi sekarang kenapa ? Sakit, kecewa dah terus putus asa ? Loser.
.
Jangan risau, apa yang cakap ni semua bukan untuk korang baca dan sedar. Ini cuma kata kata yang aku sendiri kata pada hati aku sendiri disaat aku fikir untuk berputus asa. For things to change, i must change first.
.
Akhir kata, Tiada daya ku melainkan kekuatan yang diberi Tuhan yang satu.
.
Love, Mustapha Shobri Shauqi.

Thursday, 12 May 2016

Nukilan Diri ( Hari Pekerja )

NUKILAN DIRI (HARI PEKERJA)
.
Aku nak kongsikan sedikit life kerja yang aku pernah buat selama ni. Kalau ingat dulu masa kecik kecik dulu, bila orang tanya "nak kerja apa besar besar nanti ?" Kalau tak polis, askar. Tu je la jawapan kita masa kecik. Polis dengan askar je la up time kecik dulu, kalau jawapan nak jadi ultraman, goku, power rangers memang digelakkan membe membe tadika.
.
.
Bila dah besar sikit, berubah sikit demi sikit profesion kita pasal nak jadi apa and kerja apa. Maka, mulalah fikir nak jadi pemain bola sepak, sebab boleh kahwin dengan artis. Haha. Lepastu fikir nak jadi engineer, sebab pak cik engineer. Lepas habis spm dengan result yang tak berapa nak gempak, aku isi upu. Alhamdulillah aku dapat offer masuk UTM (Universiti Teknologi Malaysia) untuk jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik) sebab time tu rasa nak terbang tinggi, jadi rebut tawaran tu. Time tu aku pun tak tahu kenapa aku masuk course tu. Sebab masa tu aku still nak jadi pemain bola sepak. Haha
.
.
Detik demi detik, sukar dan senang tempuh jugak 3 tahun dekat UTM. Dikala wang tiada, perut kosong, pernah makan pisang masjid je untuk alas perut. Bila time puasa, aku berbuka puasa dekat surau kolej. Membe ajak pergi berbuka kat luar, aku tak ikut. Aku ingat lagi membe aku pernah perli "alaa stopa tu makan kat surau je". Mungkin dia tak tahu kita takde duit. So takpelah. Aku pulak tak pinjam ptptn, apalagi nak dapat biasiswa. *panjang lagi sebenarnya life dekat UTM, tapi nanti la aku cerita*
.
.
Alhamdulillah, akhirnya aku tamatkan pengajian diploma dengan cgpa 3.13 dengan muet speaking tak pergi. So tak dapat la aku sambung degree. Hahaha. Bila orang lain masuk degree, soalan "kau tak sambung study ke ?" memang berabad jugak la orang tanya. Tapi sekarang 2016, orang lain pun dah move on nak tanya soalan macam tu. Haha.
.
.
So lepas habis diploma, aku balik kelantan suruh ayah aku payung nak ambik lesen kereta dengan motor. Time tu tak fikir kerja lagi. Masa kat kelantan, ayah aku sebagai sub contractor buat rumah. So aku join la jadi buruh kasar kejap. Alang alang gaji tu tolak duit bayar ambik lesen. Upah lebih, harapan la nak dapat. Hari hari angkat simen, batu, pasir, atap nak buat bumbung, buat tabble top. Sebulan dua duduk kat kelantan jadi buruh kasar, elok elok kulit persis mamat korea terus jadi kulit bangladesh.
.
.
Akhirnya selepas tamat buat lesen, aku dapat panggilan dari mak aku suruh balik KL. Panggilannya bukan rindu, tapi suruh balik hantar kakak aku pergi kerja. Yela kan, lesen dah ada. Jadi aku balik la. Kakak aku sampai sekarang takde lesen. Haha
.
.
Sampai je kl, tiap tiap hari kena hantar kakak aku pergi kerja, adik aku sekolah. Mula mula okay la. Lama lama penat jugak la bangun pagi, jalan jem. Petang balik ambik kakak kerja, jem lagi. Lepastu aku terfikir, aku tak suka life kerja macam ni. Kalau dengan cgpa aku tu, dah la diploma, confirm gaji RM1500-RM1800 paling tinggi. Resume berlambak dah hantar dekat apa jadah jobstreet tu. Mungkin resume aku tak power time tu. Tapi takpe lah.
.
.
Akhirnya lepas diploma balik kl apa semua. Barulah aku mula berkecimpung dalam arena media sosial instagram. Masa kat UTM aku cuma ada twitter dengan facebook untuk meroyan. Lol. Facebook pun aku baru ada lepas spm. Tapi zaman sekarang, tak lahir lagi dah ada instagram. Haha.
.
.
Pada pertengahan 2014, aku mula start buat online business. Aku mula buat instashop dengan nama instashop entah pape yang memalukan kalau disebut balik. Aku mula dengan buat baju lokal, tapi tak jalan. Aku mula dengan syok sendiri nak keluarkan produk sendiri. So aku buntu nak buat apa. Setahun dah takde life ni tak tahu nak buat apa.
.
.
Akhirnya, hujung tahun 2014 aku diperkenalkan dengan program IMKK Dr Azizan Osman. So aku pergi la dengan bayaran free je time tu. Pung pang Dr azizan bagi talk. Dr cakap, dari petikan Robert T.Kiyosaki yang life kita ada 4 kategori iaitu E, S, B, I. Kategori E ialah employees. S ialah self employed. B ialah business. I ialah Investor. So aku pilih untuk start dengan Self employed dulu. Lebih baik dari Employee sebab aku tak suka jem, keluar pagi balik petang and income tak banyak.
.
.
Dr cakap lagi bila nak start business jangan keluarkan produk sendiri. Belajar promote produk orang lain dulu / barang yang yang sedia siap. Zaman online sekarang, ambik gambar promote je. Ada orang nak, dorang beli. Tak perlu keluar modal. Start dengan apa yang ada ditangan.
.
.
Lepas seminar Dr Azizan Osman tu, aku fikir nak start dengan apa. Awal tahun 2015, aku dapat idea dari sehelai plain dress chiffon kakak aku yang dia beli dekat KL. So aku start tanya dia, mana dia dapat, kedai mana apa semua, harga borong macam mana, business card ada ke tak, aku goggle gambar dress yang lebih kurang save gambar.
.
.
So dah dapat tahu semua, aku mula ambik gambar dress tu dengan handphone cikai. Lighting tak power. Tapi Alhamdulillah bila aku promote kat twitter, ada jugak demand. Happy la rasa mula mula sebab ramai nak order. Aku start dengan pre order. So customer bank in, aku tulis dalam buku order customer. Customer nak warna apa. Aku tak keluar modal. Aku guna tips Dr Azizan iaitu OPM : Other people money.
.
.
Tapi kegembiraan itu sekejap sahaja, bila sampai je time nak ambik stock. Haa ambik kau, warna tu takde warna ni takde. So aku mula kepeningan. Lalu jualan dress hanya bertahan beberapa bulan sahaja.
.
.
Life masih diteruskan, lalu kemudian aku diperkenalkan dengan Tudung Bawal Akel. Aku pun jual la. Tak bertahan lama. Bila macam macam aku dah try, akhirnya aku pergi lagi seminar dr azizan osman "mudahnya berniaga" tak silap aku. Dr cakap nak bisnes, fokus satu benda je dulu. Balik je dari seminar aku terus fikir nak jual tudung je la. Jual barang perempuan je.
.
.
Tapi bisnes aku diuji lagi dikala sehari selepas gst diperkenalkan pada 1/4/2015, dimana rumah aku dimasuk pencuri, habis handphone yang aku guna untuk online business pun dia kebas. Tak sedar pulak tu bila pencuri masuk, report polis pun polis cant do anything. Just ambik report jela.
.
.
Aku pun tengah sedih and tak tahu nak buat apa, diuji dengan relationship yang mencabar pulak selepas tu. Akhirnya aku fikir untuk buat dropship jela, sebab phone takde. Aku guna laptop masa zaman study UTM dulu. Laptop rabak keypad pun rosak, bedal je la. Customer nak order, dm je. Nak whatsapp memang taklah.
.
.
Bila tengah cari cari instashop mana nak dijadikan sebagai dropshipper, lalu aku ditemukan dengan founder @ladyscabinetshoppe yang selalu mention aku dekat twitter suruh retweet instashop dia. Alang alang dia perempuan pulak. Lawa pulak. Aku pun apa lagi, cuba la dm dia cakap apa yang aku ingat la kot "Hi salam, saya tengok awak ada instashop, awak ada ambik agent dropship tak ? Kalau ada, saya nak jadi dropship awak lepas raya. Nanti lepas raya saya akan cari awak balik". Lepas borak dapat no phone business dia apa semua. So lepas raya aku buat dropship.
.
.
Lepas raya tu promote punya promote boleh la Alhamdulillah sale. Elok pulak time lepas raya tu adik aku habis study. So pau la kejap phone dia buat berniaga online. Senang sikit customer nak whatsapp. Bila dah ada phone adik aku tu, aku guna la modal dropship tu untuk ambik stok tudung apa semua. Then aku ambik gambar lawa lawa promote dekat twitter, instashop aku sekarang yang diberi nama @mustaphshoveri.
.
.
Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan rezeki Allah, aku boleh beli phone pada 19/12/2015. Ini dikira kejayaan jugak la bagi aku untuk aku hargai tanpa meminta minta, tak harap bantuan orang lain. Dengan phone ni boleh la aku ambik gambar power and lighting gempak sikit untuk promote.
.
.
Sales aku untuk january hingga december 2015 hanya RM40,346.30. Belum tolak duit bayar rumah, bil air, astro, minyak kereta, tol, makan, groceries apa semua. So nak buat saving harapan la time tu. Btw aku tak beli kereta lagi, sekarang aku lenjan je kereta viva kakak aku. Hehe. Impian first nak beli rumah dulu then barulah kereta. Kalau once dah beli kereta karang loan tak lepas pulak nak beli rumah sebab ada komitmen kereta. Hehe.
.
.
Tapi Alhamdulillah, walaupun tak banyak. Sales untuk tahun 2016, january hingga april tahun ni dah capai RM61,815.00. Sebulan average RM15,000.00. Sales je, untung biasa biasa je. Alhamdulillah okay la tu.
.
.
Sampai disini sahaja dan nasihat tak seberapa dari aku ni. Aku cerita ni bukan untuk korang, tapi untuk aku ingat life aku macam mana dulu. Sedikit sebanyak kalau korang nak ambik tips atau jadikan pengajaran, silakan. Pedulikan apa orang kata. Apa yang orang cakap tentang kita tak penting, yang penting ialah apa yang kita cakap kat diri kita. At the end of the day, kita yang tentu sendiri life kita, kita sendiri yang create masa depan kita. Usah hiraukan apa orang kata, kerana disaat kita susah bukan mereka yang bantu kita.
.
.
Happy reading. Thank you kerana sudi membaca. Itu satu kejayaan bagi anda kerana anda mula membaca sampai habis. Sifat orang berjaya bila mana dia start satu benda, dia buat sampai habis.
.
Sekian. Love,
Mustapha Shobri Shauqi. ✌🏼️