Tuesday, 17 May 2016

GIVE UP OR ACTION

GIVE UP OR ACTION
.
Yang rasa diri dia nak give up tu, tengok sekeliling kau. Dah rasa cukup ke dengan apa yang kau ada sekarang ? Oh ye, sekadar bersyukur dengan apa yang ada. Ye memang kita patut bersyukur, tapi Allah suruh mintak lagi.
.
Kau rasa selesa ? Oh mungkin kau dalam situasi takyah fikir apa. Mak bapak sediakan semua. Nak rumah, kereta, nak make up, nak itu ini ? Semua mak ayah dah siap siap sejak kau belum lahir lagi. Bangga bukan ? Jadi teruskan bangga dengan hasil usaha orang lain.
.
Tapi bukan aku. Aku tak disediakan semua tu. Mak ayah aku bukan orang senang. Bukan tauke produk kecantikan, tauke kain, atau tauke segala tauke. Jadi aku kena berusaha mencari hala tuju. Aku kena mula walau dengan tiada apa. Hanya ada tulang empat kerat milik Maha Esa. Mintak tolong sedara mara oh jauh sekali disudut hati. Dicaci, dihina, diperli ? Oh itu sudah sebati dalam diri. Hingga satu tahap apa orang nak cakap aku tak peduli. Mohon simpati ? Oh tidak sekali. Malah, ada aku kesah ?
.
Disaat kau hendak putus asa, Ingat lagi orang yang pernah tinggalkan kau didalam waktu sukar dan sepi ? Korang masih teruskan bersedih ditepian titi ? Cukup cukup la, mereka lagi suka kau merana dari bahagia. Mana maruah ? Mana usaha kau yang masa kecik dulu merangkak, merengek, cuba bertatih jatuh bangun lagi, jatuh berkali kali bangun lagi tak hirau sakit pedih. Tapi sekarang kenapa ? Sakit, kecewa dah terus putus asa ? Loser.
.
Jangan risau, apa yang cakap ni semua bukan untuk korang baca dan sedar. Ini cuma kata kata yang aku sendiri kata pada hati aku sendiri disaat aku fikir untuk berputus asa. For things to change, i must change first.
.
Akhir kata, Tiada daya ku melainkan kekuatan yang diberi Tuhan yang satu.
.
Love, Mustapha Shobri Shauqi.

No comments:

Post a Comment