Thursday, 12 May 2016

Nukilan Diri ( Hari Pekerja )

NUKILAN DIRI (HARI PEKERJA)
.
Aku nak kongsikan sedikit life kerja yang aku pernah buat selama ni. Kalau ingat dulu masa kecik kecik dulu, bila orang tanya "nak kerja apa besar besar nanti ?" Kalau tak polis, askar. Tu je la jawapan kita masa kecik. Polis dengan askar je la up time kecik dulu, kalau jawapan nak jadi ultraman, goku, power rangers memang digelakkan membe membe tadika.
.
.
Bila dah besar sikit, berubah sikit demi sikit profesion kita pasal nak jadi apa and kerja apa. Maka, mulalah fikir nak jadi pemain bola sepak, sebab boleh kahwin dengan artis. Haha. Lepastu fikir nak jadi engineer, sebab pak cik engineer. Lepas habis spm dengan result yang tak berapa nak gempak, aku isi upu. Alhamdulillah aku dapat offer masuk UTM (Universiti Teknologi Malaysia) untuk jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik) sebab time tu rasa nak terbang tinggi, jadi rebut tawaran tu. Time tu aku pun tak tahu kenapa aku masuk course tu. Sebab masa tu aku still nak jadi pemain bola sepak. Haha
.
.
Detik demi detik, sukar dan senang tempuh jugak 3 tahun dekat UTM. Dikala wang tiada, perut kosong, pernah makan pisang masjid je untuk alas perut. Bila time puasa, aku berbuka puasa dekat surau kolej. Membe ajak pergi berbuka kat luar, aku tak ikut. Aku ingat lagi membe aku pernah perli "alaa stopa tu makan kat surau je". Mungkin dia tak tahu kita takde duit. So takpelah. Aku pulak tak pinjam ptptn, apalagi nak dapat biasiswa. *panjang lagi sebenarnya life dekat UTM, tapi nanti la aku cerita*
.
.
Alhamdulillah, akhirnya aku tamatkan pengajian diploma dengan cgpa 3.13 dengan muet speaking tak pergi. So tak dapat la aku sambung degree. Hahaha. Bila orang lain masuk degree, soalan "kau tak sambung study ke ?" memang berabad jugak la orang tanya. Tapi sekarang 2016, orang lain pun dah move on nak tanya soalan macam tu. Haha.
.
.
So lepas habis diploma, aku balik kelantan suruh ayah aku payung nak ambik lesen kereta dengan motor. Time tu tak fikir kerja lagi. Masa kat kelantan, ayah aku sebagai sub contractor buat rumah. So aku join la jadi buruh kasar kejap. Alang alang gaji tu tolak duit bayar ambik lesen. Upah lebih, harapan la nak dapat. Hari hari angkat simen, batu, pasir, atap nak buat bumbung, buat tabble top. Sebulan dua duduk kat kelantan jadi buruh kasar, elok elok kulit persis mamat korea terus jadi kulit bangladesh.
.
.
Akhirnya selepas tamat buat lesen, aku dapat panggilan dari mak aku suruh balik KL. Panggilannya bukan rindu, tapi suruh balik hantar kakak aku pergi kerja. Yela kan, lesen dah ada. Jadi aku balik la. Kakak aku sampai sekarang takde lesen. Haha
.
.
Sampai je kl, tiap tiap hari kena hantar kakak aku pergi kerja, adik aku sekolah. Mula mula okay la. Lama lama penat jugak la bangun pagi, jalan jem. Petang balik ambik kakak kerja, jem lagi. Lepastu aku terfikir, aku tak suka life kerja macam ni. Kalau dengan cgpa aku tu, dah la diploma, confirm gaji RM1500-RM1800 paling tinggi. Resume berlambak dah hantar dekat apa jadah jobstreet tu. Mungkin resume aku tak power time tu. Tapi takpe lah.
.
.
Akhirnya lepas diploma balik kl apa semua. Barulah aku mula berkecimpung dalam arena media sosial instagram. Masa kat UTM aku cuma ada twitter dengan facebook untuk meroyan. Lol. Facebook pun aku baru ada lepas spm. Tapi zaman sekarang, tak lahir lagi dah ada instagram. Haha.
.
.
Pada pertengahan 2014, aku mula start buat online business. Aku mula buat instashop dengan nama instashop entah pape yang memalukan kalau disebut balik. Aku mula dengan buat baju lokal, tapi tak jalan. Aku mula dengan syok sendiri nak keluarkan produk sendiri. So aku buntu nak buat apa. Setahun dah takde life ni tak tahu nak buat apa.
.
.
Akhirnya, hujung tahun 2014 aku diperkenalkan dengan program IMKK Dr Azizan Osman. So aku pergi la dengan bayaran free je time tu. Pung pang Dr azizan bagi talk. Dr cakap, dari petikan Robert T.Kiyosaki yang life kita ada 4 kategori iaitu E, S, B, I. Kategori E ialah employees. S ialah self employed. B ialah business. I ialah Investor. So aku pilih untuk start dengan Self employed dulu. Lebih baik dari Employee sebab aku tak suka jem, keluar pagi balik petang and income tak banyak.
.
.
Dr cakap lagi bila nak start business jangan keluarkan produk sendiri. Belajar promote produk orang lain dulu / barang yang yang sedia siap. Zaman online sekarang, ambik gambar promote je. Ada orang nak, dorang beli. Tak perlu keluar modal. Start dengan apa yang ada ditangan.
.
.
Lepas seminar Dr Azizan Osman tu, aku fikir nak start dengan apa. Awal tahun 2015, aku dapat idea dari sehelai plain dress chiffon kakak aku yang dia beli dekat KL. So aku start tanya dia, mana dia dapat, kedai mana apa semua, harga borong macam mana, business card ada ke tak, aku goggle gambar dress yang lebih kurang save gambar.
.
.
So dah dapat tahu semua, aku mula ambik gambar dress tu dengan handphone cikai. Lighting tak power. Tapi Alhamdulillah bila aku promote kat twitter, ada jugak demand. Happy la rasa mula mula sebab ramai nak order. Aku start dengan pre order. So customer bank in, aku tulis dalam buku order customer. Customer nak warna apa. Aku tak keluar modal. Aku guna tips Dr Azizan iaitu OPM : Other people money.
.
.
Tapi kegembiraan itu sekejap sahaja, bila sampai je time nak ambik stock. Haa ambik kau, warna tu takde warna ni takde. So aku mula kepeningan. Lalu jualan dress hanya bertahan beberapa bulan sahaja.
.
.
Life masih diteruskan, lalu kemudian aku diperkenalkan dengan Tudung Bawal Akel. Aku pun jual la. Tak bertahan lama. Bila macam macam aku dah try, akhirnya aku pergi lagi seminar dr azizan osman "mudahnya berniaga" tak silap aku. Dr cakap nak bisnes, fokus satu benda je dulu. Balik je dari seminar aku terus fikir nak jual tudung je la. Jual barang perempuan je.
.
.
Tapi bisnes aku diuji lagi dikala sehari selepas gst diperkenalkan pada 1/4/2015, dimana rumah aku dimasuk pencuri, habis handphone yang aku guna untuk online business pun dia kebas. Tak sedar pulak tu bila pencuri masuk, report polis pun polis cant do anything. Just ambik report jela.
.
.
Aku pun tengah sedih and tak tahu nak buat apa, diuji dengan relationship yang mencabar pulak selepas tu. Akhirnya aku fikir untuk buat dropship jela, sebab phone takde. Aku guna laptop masa zaman study UTM dulu. Laptop rabak keypad pun rosak, bedal je la. Customer nak order, dm je. Nak whatsapp memang taklah.
.
.
Bila tengah cari cari instashop mana nak dijadikan sebagai dropshipper, lalu aku ditemukan dengan founder @ladyscabinetshoppe yang selalu mention aku dekat twitter suruh retweet instashop dia. Alang alang dia perempuan pulak. Lawa pulak. Aku pun apa lagi, cuba la dm dia cakap apa yang aku ingat la kot "Hi salam, saya tengok awak ada instashop, awak ada ambik agent dropship tak ? Kalau ada, saya nak jadi dropship awak lepas raya. Nanti lepas raya saya akan cari awak balik". Lepas borak dapat no phone business dia apa semua. So lepas raya aku buat dropship.
.
.
Lepas raya tu promote punya promote boleh la Alhamdulillah sale. Elok pulak time lepas raya tu adik aku habis study. So pau la kejap phone dia buat berniaga online. Senang sikit customer nak whatsapp. Bila dah ada phone adik aku tu, aku guna la modal dropship tu untuk ambik stok tudung apa semua. Then aku ambik gambar lawa lawa promote dekat twitter, instashop aku sekarang yang diberi nama @mustaphshoveri.
.
.
Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan rezeki Allah, aku boleh beli phone pada 19/12/2015. Ini dikira kejayaan jugak la bagi aku untuk aku hargai tanpa meminta minta, tak harap bantuan orang lain. Dengan phone ni boleh la aku ambik gambar power and lighting gempak sikit untuk promote.
.
.
Sales aku untuk january hingga december 2015 hanya RM40,346.30. Belum tolak duit bayar rumah, bil air, astro, minyak kereta, tol, makan, groceries apa semua. So nak buat saving harapan la time tu. Btw aku tak beli kereta lagi, sekarang aku lenjan je kereta viva kakak aku. Hehe. Impian first nak beli rumah dulu then barulah kereta. Kalau once dah beli kereta karang loan tak lepas pulak nak beli rumah sebab ada komitmen kereta. Hehe.
.
.
Tapi Alhamdulillah, walaupun tak banyak. Sales untuk tahun 2016, january hingga april tahun ni dah capai RM61,815.00. Sebulan average RM15,000.00. Sales je, untung biasa biasa je. Alhamdulillah okay la tu.
.
.
Sampai disini sahaja dan nasihat tak seberapa dari aku ni. Aku cerita ni bukan untuk korang, tapi untuk aku ingat life aku macam mana dulu. Sedikit sebanyak kalau korang nak ambik tips atau jadikan pengajaran, silakan. Pedulikan apa orang kata. Apa yang orang cakap tentang kita tak penting, yang penting ialah apa yang kita cakap kat diri kita. At the end of the day, kita yang tentu sendiri life kita, kita sendiri yang create masa depan kita. Usah hiraukan apa orang kata, kerana disaat kita susah bukan mereka yang bantu kita.
.
.
Happy reading. Thank you kerana sudi membaca. Itu satu kejayaan bagi anda kerana anda mula membaca sampai habis. Sifat orang berjaya bila mana dia start satu benda, dia buat sampai habis.
.
Sekian. Love,
Mustapha Shobri Shauqi. ✌🏼️

No comments:

Post a Comment