Saturday, 4 June 2016

RAMADHAN AIR PAIP

RAMADHAN AIR PAIP
.
Pejam celik nak dekat dah kita untuk menyambut Ramadhan. So dah ready ? ☺️
.
Ada cerita sebenarnya. Cerita ni lebih kurang 3 tahun lepas bilamana saya dah sem akhir diploma.
.
Bulan puasa ni paling best bila kita dapat berbuka dengan family. Yang kedua best kita dapat berbuka dekat asrama dalam dewan makan masa sekolah dulu. Beratur panjang nak ambik makanan. Habis je makan, basuh tray apa semua, then chow. Bila keluar dewan makan, cari selipar, selipar hilang. Saya rindu part ni sebab kita cuma fikir pasal selipar hilang and perlu beratur ambik makanan. Duit nak makan berbuka takyah fikir sangat. Semua orang yang keluarkan duit untuk kita makan.
.
Tapi life semakin sukar bila kita meningkat dewasa. Kita mula start fikir cemana nak terus hidup. Dalam perjalanan hidup saya, yang paling saya sedih, susah bila time saya belajar dekat Universiti dulu. Seperti mana saya cerita sebelum ni, saya berbuka puasa dekat surau je sebab takde duit. Inilah turning point and saya ingat sampai bila bila.
.
Saya ingat lagi time nak cuti sem, masa tu sem akhir bulan puasa tak silap saya and semua student ramai siap siap nak balik. Mak saya ambik lambat. Duit takde ni. Then takpe lah, saya pun turun surau. Saya ingat ada lah sedia makanan macam hari biasa macam awal awal puasa. Tapi takde. Saya pun macam takpe lah, berbuka je la dengan air paip asalkan berbuka. Tak ramai dah kat kolej time tu seingat saya.
.
.
Bila settle solat maghrib apa semua. Mak saya sampai. Ambik barang kat bilik semua then chow balik rumah. Dalam kereta saya tanya mak saya "masak apa untuk berbuka ?". Saya tak cerita lagi yang saya berbuka dengan air paip je.
.
Sehari lepas duduk rumah barulah saya cerita dekat mak saya apa semua pasal berbuka puasa kat kolej ni. Saya cerita la yang saya berbuka kat surau, member perli berbuka kat surau sebab tak ikut dorang berbuka kat luar apa semua. Saya cerita biasa je, mak saya je nangis lebih. 😅
.
Bila dah cerita kat mak saya tu. Saya ingat dia simpan rahsia je. Tapi mak saya kan, apa lagi dia pergi cerita la dekat kakak dia, kakak dia cerita dekat adik dia mak mertua dia apa semua. Habis satu family belah mak saya tahu. Saya sendiri tak tahu yang mak saya cerita semua tu. Masa ni setahu saya time dah raya. Raya kat kelantan.
.
Gossip punya gossip. Lepastu kakak mak saya merangkap mak sedara saya tu panggil saya slow talk, saya ingat nak cakap apa. Sekali dia hulur duit RM500, lepastu mak mertua dia pun sponsor RM500, and ayah sedara saya pun bagi RM500. So cukup RM1500. Time tu terkejut menangis tak tahu nak cakap apa. Boleh la bayar yuran study yang tertunggak. Padan muka siapa suruh tak pinjam ptptn. Lol
.
Tapi sekarang saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Duit ptptn takyah nak bayar. Haha
.
Jadi, ramadhan dah tiba ni saya dah set plan lama dah kalau ada rezeki saya akan jelajah beberapa universiti area Selangor and KL terutamanya UTM Kuala Lumpur tempat saya belajar dulu. Insya Allah Ramadhan tahun ni saya nak mulakan penjelajahan. Saya mungkin nak sumbangkan sedikit makanan atau wang ringgit kepada student yang ada kat kolej nanti untuk dorang buat berbuka puasa. Budak kolej tak cuti lagi kan ? Risau jugak pergi nanti takde orang. 😅
.
.
Saya pilih untuk bantu golongan student sebab dalam kita tak tahu ramai yang sanggup ikat perut seperti mana saya pernah rasa dulu. Ramai tak tahu sebab student ni tak nampak susah macam gelandangan, anak yatim kat luar sana. Mereka susah dalam diam. Apa apa pun tak ramai yang faham apa saya cakap ni.
.
Dah, Dah boleh pergi siap hafal niat puasa. ☺️
.
Love, Mustapha Shobri.